Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Saturday, January 19, 2013

Friendship


Friendship 

Perkenalan bermula........................................................................
aku melihat dari tingkap pesawat kapal terbang AirAsia yang sedang dalam perjalanan 
menuju ke "kota batu" kota metropolitan...Kuala Lumpur...
Hatiku sayu tatkala aku harus meninggalkan negeri tercinta, negeri di bawa bayu, negeri alam semula jadi dan bandar tempat aku dilahirkan..SANDAKAN, SABAH...
Aku meninggalkan sabah kerna aku ingin memulakan hidup yang baru tanpa perlu memandang masa lalu aku yang menyimpan banyak cerita-cerita. cerita itu hanya aku dan Dia yang tau..
akhirnya impianku untuk melanjutkan pelajaran akhirnya tercapai jua. Syukur pada Tuhan kerna memberi aku sekali lagi peluang untuk aku melanjutkan pengajianku.

setibanya di lapangan terbang antarabangsa LCCT, aku bersama kenalan ku, Rugia beriringan masuk ke ruangan ketibaan. Kami bersama-sama mengambil bagasi dan berlalu ke ruangan ketibaan. Aku menunggu orang yang telah diberitahu akan mengambil aku dan teman aku itu di hadapan cafe.
Aku melihat ramai sekali manusia. Mereka juga melihat aku dengan wajah yang aneh sekali. Aku pula ketika itu terpegun. Wah, ini rupanya kl..tak sangka, aku berhasil juga untuk menjejakkan kaki ke kota batu ni.
Akhirnya, setelah lebih kurang berapa jam, orang yang mengambil kami telah menemui kami. Dengan muka yang pegal datang menemui kami kerna kami tidak memberitahu kedatangan kami. Bukan salah aku...hahaha..

selebihnya, setelah dipendekkan cerita, perkenalan antara kami pun bermula...dimana persahabatan itu terjalin...
aku mengenal bee dari group PLKN Kem Bagai Budi lagi, tak sangka boleh jumapa dia dalam satu kolej walaupun dia da jauh berubah. aku juga mengenal Atye dan Tetet,dadie, Ros, susan, ghave, joe, tommy, charmz, shun, michalle dan juga lim.... kami berkenalan ketika orientasi untuk pelajar-pelajar baru. kebanyakan dari kami datang dari sabah dan sarawak. kira kami ni warga borneo yang berkumpul di kota batu ni.....
perkenalan kami terus berjalan, ke mana kami pergi, pasti akan bersama. makan atau minum, terutama kami tinggal di hostel yang sama kecuali ros, susan dan rugia sebab mereka di PV10...dorang kan nursing cost...
namun, semuanya telah berubah. semakin lama semakin hilang seri pada persahabatan kami..tetet berhenti belajar, diikuti joe, susan dan seterusnya charmz...dan yang tinggal hanyalah aku, bee, ghave, tommy,michalle,lim. shun, ros,atye,dadie dan mira@rugia...
Namun persahabatan ini juga semakin pudar....masing-masing membawa haluan masing-masing.
pada mulanya atye,aku,bee,dadie dan ghave tinggal dalam rumah yang sama. namun bila masalah yang sebenarnya kecil dibahaskan hingga menjadi sesuatu yang dasyat. sehingga lah kumpulan ini berpecah. dan kini yang tinggal hanya aku,ghave dan bee.

terus terang, hati aku sedih bila melihat begini cara mereka bersahabat. mereka tidak mengerti erti persahabatan yang sebenarnya. namun aku tetap terus bersyukur kerana aku masih ada kawan-kawan seperti azie, richmond, asis, diana, angela, rossi, nizam dan kawan-kawan yang lain. walaupun kami semua juga sering bergaduh dan memaki antara satu sama lain, tapi persahabatan kami semua tetap utuh. 
tapi hal yang paling mengembirakan hati aku ialah aku punya Yesus dalam hidupku..Dia lah sahabatku. Sahabat yang sentiasa memahami hatiku walaupun aku sering menyakiti hatinya, namun Dia tidak pernah marah pada aku sebaliknya Dia sering mendengar segala keluahan hati aku, menghiburkan aku, memeluk aku disaat aku disakiti. Dialah contoh kenapa aku ingin terus melayan kerenah teman-teman aku walau apa juga yang mereka buat.

Thank You Jesus...
 My great example of truth friendship