Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Friday, November 16, 2012

Mengalami kasih Kristus


Mengalami Kasih Kristus

Tarikh : 16 november 2012
Location : Up to table
Experience : Story From KOnfrensi Org Asal Sg Poh Geruntum to My Journal

               Mengalami Kasih Kristus amat luar biasa bagi orang yang mengenal Pribadi-Nya. Kedamaian, Sukacita dan berkat berkelimpahan. Pengalaman pertama aku ikut konfrensi orang asal. Konfrensi ini sebenarnya telah 12 tahun tertubuh hasil dari mereka-mereka yang diutus oleh Tuhan untuk menjangkau jiwa yang belum mengenal siapa Jurus'lamat dlm kehidupan mereka.
              
              Perjalanan pertama aku ke kampung orang asli ialah apabila aku pergi ke hulu grow... Selepas itu, pengalaman mendaki bukit semata-mata untuk pergi ke kampung kepayang. Pada mulanya, timbul juga rasa geli dan ada sikap sombong dalam diri aku. Tapi bila aku tengok bagaimana tuan rumah melayan kami dengan makanan yang memang adalah makanan asal orang sabah. Aku cuba untuk menahan diri dan menerima serta bersyukur atas berkat Tuhan. Padahal rombongan kami cuma bawa maggi, sardin dan biscut. Tapi, aduh puji Tuhan. Berkat Tuhan menyertai keluarga adik wille. Walaupun di kg kepayang hanya semalaman saja, tapi aku rasa diberkati dengan pelayanan disana. Keluarga, pelayanan di sana buat aku diberkati walaupun masih ada rasa geli.( sepatutnya aku tidak geli sebab aku juga pernah tinggal di rumah macam itu. kenapa aku harus rasa jijik.. hanyaTuhan yang tau). Tapi di dalam hati saya, jika ada kesempatan aku mau lawat kg orang asli lagi.

           Ternyata Tuhan sekali lagi membawa aku untuk datang melayani dan dilayani di kg sungai poh geruntum. Pelayanan yang sangat luar biasa. Pada hari pertama terasa masih malu dan segan. Tapi Tuhan beri aku sukacita dan kedamaian yang aku perlukan setelah berada di Kuala Lumpur ini dan mengalami pelbagai pergumulan peribadi. Melayani Orang di Kampung berbeza dengan melayani orang di bandar walaupun mereka semua sebenarnya sama. Dan Tuhan terus memberi kesedaran pada aku, iaitu nikmati lah kasih Tuhan yang sehingga sanggup turun ke dunia, menjadi manusia dan mati diatas kayu salib semata-mata untuk dosa aku dan dosa semua orang yang berdosa. 

          Inilah perjalanan aku yang luar biasa sebagai seorang pengembara di negeri orang. Mengembara seorang diri memang akan menduga kekuatan fizikal dan mental kita. Tanpa Tuhan Yesus, aku tidak akan kuat menghadapi cabaran demi cabaran. baik melalui persekitaran, keluarga kadang-kadang pelayanan aku juga mencabar aku.

          Tuhan, aku berharap, dimana juga aku berada selepas ini, biar lah Tuhan Yesus selalu menyertai aku, baik melalui pelayanan, pekerjaan, masa depan. 

"Terima kasih Yesus atas s'galanya. Terima kasi kerna Engkau sudah menyertai hidup aku sehingga ke hari ini. Terima kasih.. Damai sejathera Tuhan Yesus Kristus menyertai semua pembaca juga. terima Kasih sebab sudi jadi teman Blogger aku..Tidak kira Kirstian tau non kristian, God already meet use with many way and reason. We are one in God."



BY :
Tomoko saeki